Friday, July 23, 2010

Berbakti kepada teman dan kawan-kawan

Adapun berbakti kepada teman dan kawan-kawan,maka perkara itu juga sangat dituntut dan dianjurkan,dan hukumnya sunnat dalam kacamata agama.Rakan dan teman mempunyai beberapa hak yang harus dijaga dan dipelihara.Sesuai dengan firman Allah Ta"ala :
                             "Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun.Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa,karib - kerabat,anak-anak yatim,orang-orang miskin,tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh,teman sejawat,ibnu sabil dan hambasahayanya,Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri                                                     (An-nisa:36)
    Sabda nabi S.A.W
                         "Setiap kawan yang bersahabat dengan kawan yang lain walaupun sekejap masa sekalipun,melainkan ia akan ditanya tentang persahabatanya di hari kiamat,apakah ia telah menunaikan hak persahabatan itu dengan baik,atau ia telah mensia-siakanya".
 
Sabdanya lagi :
                          "sebaik-baik kawan ialah kawan yang berbakti kepada kawannya,dan sebaik-baik jiran adalah jiran yang berbuat baik terhadap jiranya"

Sabdanya lagi :
                         "Tiada dua orang yang saling mencintai satu sama lain,melainkan orang yang lebih dicintai Allah ialah siapa yang lebih mencintainya kawanya".

                  

Tuesday, July 20, 2010

Persahabatan............yang kucari
suatu hari dua insan bertemu berkenalan dan bersahabat
hubungan persahabatan mula terjalin
siapakah dia sahabat aku>>>>>
pernah saya dengar orang bercakap...yang baik dengan kita itulah sahabat kita.....
Fikiranya,,,ideologinya>>>dan tingkahlakunya serupa dengan kita
adakah itu dinamakan sahabat?????????
apakah sahabat teman bicara kita semasa kita happy
tapi teman dusta ketika kita duka???
jalan yang kita lalui penuh berduri ....
mencari sahabat sejati teman berlindung
adakah sahabat itu muncul sendiri tidak payah kita cari
tanpa kita curigai dan sedar,,,,
Sebenarnya ALLAH maha mengetahui...
mengerti dan memahami hati ini,,,
apabila Teman tidak sekadar berkata-kata manis,,,
tapi mengotakan janji-janjinya,,,,
itulah erti persahabatan yang sebenarnya
kerana seorang sahabat yang sentiasa setia tidak akan menjadi musuh dalam selimut.......
yang cuba menikam dan memboikot kita dari belakang
hendaklah kita sentiasa beringat,,,,,,,,hati manusia tiada siapa yang tahu..

Monday, July 19, 2010


keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai
harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Ahhhh…sungguh semua itu telah
menghadirkan ketidakpuasan yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik
cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan
kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan membawa kepada
ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia
diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita
inginkan boleh terbukti, tidak setiap yang kita inginkan dapat tercapai. Dan tidak mudah
menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang
yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak semestinya : harus berjaya, harus bahagia atau
harus-harus yang lain.

Betapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa sejatinya itu semua pemberian Allah
hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan
sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak
tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak
keupayaannya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu Rezeki, jawatan, kedudukan, pasti
akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan dapat kita
miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita bermati-matian mengusahakannya.

" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak
juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan
Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah
mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput
daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang
diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri. "
QS Al-Hadiid : 22 - 23

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tidak sedar kita
mengarah Allah tentang jodoh kita, bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita
tetapi benar-benar mengarah Allah : Pokoknya harus dia Ya Allah… harus dia, kerana aku
sangat mencintainya. Seakan kita jadi yang penentu segalanya, kita meminta dengan paksa.
Dan akhirnya walaupun Allah memberikannya maka tidak semestinya itu yang terbaik.
Boleh jadi Allah tidak menghulurkannya dengan kelembutan, tetapi melemparkannya
dengan marah kerana niat kita yang tercemar.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :
"...... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi
kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "
QS. Al-Baqarah 216

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan
terhadap apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa
yang kita rasa perlu didunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevansinya dengan
harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia
tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya : hidup di akhirat kelak!

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!




me photo

                                                                 me at the malacca



                                                                    my brotherrrrr  hero

                                                                     me n brother younger

Saturday, July 17, 2010

KERJAYA AKU

Nak dikatakan aku nie Berjaya dalam hidup,,,,,,buleh la kot,,,,,,,,,walaupun aku x berkerja yang berpendapatan 3 ke 4 ribu sebulan,,,,,,,,,tapi aku bangga dengan diri aku kerana aku dapat meneruskan kehidupan aku dengan baik,,,,,,,yang pertama sekali aku tidak lagi menyusahkan orang tua aku,,,malah aku dapat membantu keluarga serba sedikit walaupun tidak banyak,,,,,lau nak dibangdingkan dengan segelintir kawan-kawan kita kan ,,,,dah nak masuk separuh abad umur pun, tapi masih lagi mak bapak tanggung,,,ade juga yang dah kahwin beranak pinak pun masih orang tua gak support,,,,,,agak-agak korangkan sampai bila nak teruskan kehidupan macam 2,,,,bila masa kita nak balas jasa baik orang tua kita,,,,Memang la lau nak dibicarakan sampai mati pun kita xdapat nak balas jasa orang tua,,,tapi sekurang-kurangnya,,,dapat la kita mengembirakanya,,,,seperti ungkapan yang sentiasa disebut,,,Ibu melahirkan kita sambil menangis kesakitan,,namun,masihkah kita ingin menyakitkanya?masih mampu kita tertawa melihat penderitaanya?melawanya?memukulnya?kita sendirian.sedarilah bahawa dalam dunia ni xada sorang pun yang sanggup mati demi ibu tapi seorang ibu sanggup mati demi anaknya,,,hahahhahha bermadah pujangga plak aku nie bila nak cerita pasal kerjaya aku nie huhuhuhu,,,,,,sowi semua aek itu semua sekadar renungan bersama,,,,,,,,,,,,,,,,,

Selepas tamat dari sekolah perantis putera tentera darat,port Dickson,negeri Sembilan tahun 2004,,,aku terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma kejuruteraan Elektronik,,,,,,,,u.t.m skudai,,,sepanjang tempoh pengajian aku banyak pahit manisyang aku telah alami n lalui….dengan berkat kesungguhan aku dan restu dari kedua ibubapa aku n my lecture….akhir aku Berjaya mendapat segulung diploma….teringat aku ketika majlis konvoksyen dulu………………………….

selepas majlis penganugerahan tamat,,,,ketika berduyun-duyun penuntut n semua parents penuntut berebut-rebut mahu keluar dari dewan nthen,,,mama n papa aku pun sibuk mencari aku dicelah-celah ramai orang 2,,,,,,,,,,didepan pintu dewan masuk mama n papa aku menjerit2 nama aku n aku melambaikan tangan,,,dengan pantas mereka berlari mendapatkan aku n terus memeluk n mengucapkan tahniah pada aku,,,,dan memberi sejambak bunga sebagai tanda Tahniah untuk anaknya,,,,ribuan mata yang memandang kearah aku, rasa malu pun ade tapi,,,,xdapat nak bayangkan betapa gembiranya hati aku ketika itu,,,,terkilan pun ade huhuhuhuhuhu….

Bermulanya profesion kerjaya aku dalam tentera darat…aku telah ditempatkan dalam Kor Jurutera Elektrik n jentera diraja(kjljd)..peranan dalam kor jurutera elektrik n jentera diraja adalah memastikan segala peralatan peperangan tentera darat sentiasa berada didalam keadaan servisiblty…..bukan Calang –calang orang nak dapatkan unit ini dalam tentera darat ini…..Selepas menamatkan pengajian aku ,,,,,aku telah dihantar berkhidmat di pasukan 71woksyop divisyen dimalaysia timur(sabah) dan ditugaskan sebagai juruteknik elektrik n elektronik.Sepanjang perkhidmatan aku di 71woksyop divisyen ,,,,,,,bermacam-macam ilmu yang telah aku perolehi n banyak pengalaman yang telah aku lalui…….pada hujung tahun 2009 aku telah ditukarkan ke pasukan baru untuk menerajui n menyandang jawatan ketua jabatan tumpangan kor JLJD di Unit Lapangsasar kota belud,,,,,,,apa orang selalu katakan Hidup kita ini tidak selalu nya senang n Indah,,,,btl x,,,,,,kadang-kadang kita rasa serba xkena….buat itu xkena buat ini xkena,,entah sampai xtahu nak wat apa lagi,,,,,,Yang mampu hanya berserah,,,pada yang maha berkuasa,,,,…Allah S.W.T……..cukup la untuk seketika ini aek nanty aku sambungkan pengalaman manis n pahit aku di unit baru……

Sunday, July 11, 2010

saya................sahabat



Assalamualaikum semua,,,,,,,,,,hari ini aku nak cerita serba sedikit tentang teman-teman,,,kawan-kawan n sahabat.................nak dikatakan aku nie jiwang xder rasanya kot,,,,,tapi in my life,,,,tanpa teman-teman,kawan-kawan n sahabat xlena dibuatnya aku seharian ,,,,,,Kawan-kawan ramai sangat pergi kemana pun semua leh jadi kawan btl x.........tapi teman susah nak cari ,,,,apatah lagi yang sama ngan life kita huhuhuhuhuhuh.............tapi sahabat.>>>>>>>>>>sahabat yang memahami ertinya persahabatan susah nak jumpa ,,,,,,iya untuk pengetahuan korang, korang tahu x apa maksudnya sebenarnya sahabat nie.........sahabat nie saya umpamakan mcm yang berada dekat anggota tubuh badan kita seperti tangan n kaki...cuba korang renungkan setiap kali korang nak makan or menulis n membuat something ade u all menyuruhya,,,,,hei tangan tlng suapkan aku nasi,,,,xder kan sama gak seperti kaki kemana jak korang rasa nak pergi nak nak buat xdernya korang menyuruh kaki berjalan....secara automatik terniat dihati ko n rasa nak pergi dier terus berjalan,,,,,btl x,,,,mcm 2 jugak erti sahabat sentiasa memahami kita tanpa kita berkata2.......Setiap kali aku berkawan ngan sesiapa sekali pun aku cuba untuk menjadikanya sahabat aku,,, tapi tidak semudah itu....zaman sekarang nie kawan makan kawan memang banyak sangat,,,,,, btl x,,,,,bila kita senang ramai yang dekat ngan kita n bila kita susah xder pun yang ingin mengdampingi kita...> semuanya menghilang entah kemana.....maybe cari kawan yang lagi senang kot huhuhuhuhuh>>>>.
Dan kita tidak akan pernah merasai kehadiranya,,,,,melainkan selepas kehilanganya...wujudnya disamping umpama angin yang berlalu.....langsung dibiarkan ia berlalu tanpa kita menikmatinya n disyukuri>>>>>>>
Namun tanpa angin mampukah kita terus menjalani landasan hidup ini??????????????????sebagai khalifah dimuka bumi yang tercinta ini............................................Kadang-kadang kita sentiasa marasai sesak kerana adanya dia.....Kerana kita merasakan bahawasanya dia bukanlah sesiapa dalam diri kita,,,,,tetapi kita lupa dia merupakan segalanya untuk kita..........................maybe..........seketika.....waktunya....kita perlu merasainya ketiadan dia,,agarkita dapat mensyukurisejenak perlunya dia untuk kita,,,,,,dan tidak ALLAH kurniakan dia untuk kita tanpa sebab dan tujuanya....namun itulah lumrah kita sebagai manusia,,,,,,,senantiasa membiarkan yang depan mata pergi tanpa rela,,,,,Pesan MaMa,,,,,jika tidak suka pulangkan sahaja,,,,,,maka ALLAH menariknya,,''Jangan ko kesali n Jangan ko tangisi...............................
Alangkah sunyi dunia kita tanpa dia,,saat didepan mata dia pergi mengadap Illahi......air mata tidak sempat bertakung lantas tumpah dan ketika itu kita teringat kita akan menghargainya ketika kita kehilanganya...........................................................................

Sajak yang saya sampaikan adalah sekadar renungan kita bersama,,,,,,,saya berharap sebelum saya mengakhiri zaman bujang saya saya akan memperolehi seorang sahabat yang sentiasa memahami saya,,,,,,InsyAllah,,,,,,,Amin..............

Saturday, July 10, 2010

about me


kita dilahirkan semuanya dengan sempurna,,,,,tapi apa yang kita kejar n kita mahu ,kita sendiri pun tidak tahu ,,,,,,,yang sebenarnya saya pun tidak tahu,kadang2 selalu bermain dipkiran saya,,,nape n apa yang saya mahu ,,,,,,,,,,cinta,,,kekayaan,,,keluarga,,,,..semuanya saya perlukan,,,,tapi ini lah sebenarnya pementasan kita sebagai khalifah dimuka bumi ini,,,,saya nak ceritakan sedikit tentang diri saya aek,,,,,,,,jan marah semua huhuhuhuhhuhuhuhu...saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana.....saya masih ade mak ,,,ayah yang sentiasa dihati saya,,,,saya juga ader kanda yang saya sayangi walaupun ia sentiasa menyakitkan hati saya masa kecik2 dulu hahahahaha,,,namanya sanusi,,n adinda pompuan dua orang noor farhana n farziane,,,,,dua orang adinda saya nie semuanya comel2 hik hik....tapi masih bersekolah,,,,,,,saya sayang sangat kat diorang,,,huhuhuhuhu,,,,sape xsayang darah daging kita hik hik,,,,,,,,nak dipendekan cerita masa saya umur 15tahun saya masuk ke sekolah apprentice army trade school.....nak tahu nape saya mintak sekolah 2 cz saya kecewa ngan result PMR saya yang kurang memuaskan hati,,,,kedua orang tua saya tapi saya rasa xder la teruk sangat ,,keputusan yang saya dapat 3A 3B 2c...oke la 2 aek,,,maybe orang tua saya mahukan yang lebih baik ....Yang saya sedih sangat masa saya p interview sekolah army nie,,,semua orang xsuka,,,saudara mara saya semua gelakan saya,,ada yang kata layak kah kamu nak ke sekolah tentara,,,,,al-maklum la kan semua orang tahu sekolah tentara nie penuh dengan disiplin yang ketat n mcm2 kan....tapi dengan sokongan n berkat mak n ayah saya berikan kat saya akhirnya saya dapat masuk ke sekolah tentera......walaupun hati orang tua saya berat untuk melepaskn pemergian saya ke sekolah tentera yang jaraknya jauh la jugak kan,,,,tapi demi untuk masa depan saya orang tua saya terpaksa melepasakn n merestui nya......>>>>>>Hari pertama saya di sekolah tentera sangat menyeksakan saya dari situ banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan,,,,kehidupan yang penuh pahit manisnya,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,yang maybe xpernah dialami oleh semua orang,,,,