Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati separuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan. kerana Rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan ' wan-wan' lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, Apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadanya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.
JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI...
LAGU: WANITA
PENYANYI: DE' HEARTY
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Saturday, October 30, 2010
Thursday, October 7, 2010
Get well soon...
Hari ni pagi2 lg i da ceroboh blog b. jgn marah. nanti cepat tua. sesaje jenguk blog b yg da bersawang ni. maklum la, org tu bz memanjang. i'll understand ur condition. no worries.
Takde pape pun nak tulis. sesaje nak buat entri baru kt b. kalau b tak suka, b delete ea entri ni. i tak kisah. tu pun tak tahu bila b akan bukak lg blog b ni. i nak wish spy b cepat sembuh. get well soon. take a plenty of rest. keje, keje jgk. rest kena cukup. jgn seksa sgt badan tu. da bnyk kali i pesan suruh b pergi klinik. tak nak dgr kata ea. sekeh kang!
Apa2 pun, just enjoy ur work. just enjoy ur day. jgn risau sgt kt i. i akan jaga diri i leklok. i akan sedaya upaya faham kerjaya b. but, i takkan faham kalau b main kayu 3. i takpe la. i tak main kayu 3. i main kayu 10. ngeh3. joking! :P
Jaga diri leklok. i'll always be with u dear. i doakan b semoga cepat sembuh. entah2 bila b da bukak blog ni, b da sembuh pun. keh keh keh.
I out dulu yeah. nanti kalau ada masa i dtg jenguk lg belog ni.
with love,
Sape lg yg tahu passwed blog b. haha :P
Takde pape pun nak tulis. sesaje nak buat entri baru kt b. kalau b tak suka, b delete ea entri ni. i tak kisah. tu pun tak tahu bila b akan bukak lg blog b ni. i nak wish spy b cepat sembuh. get well soon. take a plenty of rest. keje, keje jgk. rest kena cukup. jgn seksa sgt badan tu. da bnyk kali i pesan suruh b pergi klinik. tak nak dgr kata ea. sekeh kang!
Apa2 pun, just enjoy ur work. just enjoy ur day. jgn risau sgt kt i. i akan jaga diri i leklok. i akan sedaya upaya faham kerjaya b. but, i takkan faham kalau b main kayu 3. i takpe la. i tak main kayu 3. i main kayu 10. ngeh3. joking! :P
Jaga diri leklok. i'll always be with u dear. i doakan b semoga cepat sembuh. entah2 bila b da bukak blog ni, b da sembuh pun. keh keh keh.
I out dulu yeah. nanti kalau ada masa i dtg jenguk lg belog ni.
with love,
Sape lg yg tahu passwed blog b. haha :P
Subscribe to:
Posts (Atom)