Wednesday, December 22, 2010





Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang
luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai
harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Ahhhh…sungguh semua itu telah
menghadirkan ketidakpuasan yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik
cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan
kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan membawa kepada
ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia
diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita
inginkan boleh terbukti, tidak setiap yang kita inginkan dapat tercapai. Dan tidak mudah
menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang
yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak semestinya : harus berjaya, harus bahagia atau
harus-harus yang lain.

Betapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa sejatinya itu semua pemberian Allah
hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan
sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak
tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak
keupayaannya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu Rezeki, jawatan, kedudukan, pasti
akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan dapat kita
miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita bermati-matian mengusahakannya.

" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak
juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan
Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah
mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput
daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang
diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri. "
QS Al-Hadiid : 22 - 23

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tidak sedar kita
mengarah Allah tentang jodoh kita, bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita
tetapi benar-benar mengarah Allah : Pokoknya harus dia Ya Allah… harus dia, kerana aku
sangat mencintainya. Seakan kita jadi yang penentu segalanya, kita meminta dengan paksa.
Dan akhirnya walaupun Allah memberikannya maka tidak semestinya itu yang terbaik.
Boleh jadi Allah tidak menghulurkannya dengan kelembutan, tetapi melemparkannya
dengan marah kerana niat kita yang tercemar.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :
"...... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi
kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "
QS. Al-Baqarah 216

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan
terhadap apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa
yang kita rasa perlu didunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevansinya dengan
harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia
tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya : hidup di akhirat kelak!

Sunday, December 5, 2010

pernah tengok x ikan naga,,,,,,,,,,live,,,,,kali pertama gua tengok ikan naga,,besar lau ngan aku besar lagi ikan tu,,,,masa p melawat kampung jawa sumbiling sempat aku p melawat ikan naga kat area kampung jawa jugak,,,,orang kampung tu yang pelihara,,,kalau u all p melawat sana jangan ketingalan p melawat ikan naga,,,,masuk freee jak janji ade budi bahasa hahahahaha,,,,,lau tahu ikan naga makan apa,,,aku pown xtahu hahahahahaha,,,,jan marah wat lawak bodoh,,,,xtahu nak tulis apa ag,,,,coretan nie sekadar hilangkan boring aku jak,,,,huhuhuhuhuhuhu....maybe next time aku akan bagi coretan yang menarik ckit,,ini coretan untuk hilangkan aku mengantuk jak cz aku ngah bertugas nie,,,,jadi aku tulis la coretan yang mcm gampang nie hahahaha,,xkisah kan ,,,lagipun aku nie bukan nya pandai menulis pown cuma saja-saja tulis sekadar untuk kepuasan aku jak hahahahaa,,untuk penulis2 yang membaca tu jan la marah ya.....aku nie nie xpandai menulis pown....so,,,,apa yang aku nak buat ag nie hahahahahahahahahahahaha maybe aku kena minum kopi kot,,,,ahaha baru aku teeringat bila p melawat tenom jan lupa jugak beli kopi tenom...........jap ag aku nak buat kopi tenom,,,,kopi tenom nie bagus,,,,xder kafein n baunya wangi,,,,,lau u all nak cuba dulu leh tempah ngan aku hahahahaa,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,ahhh lega rasanya lepas minum kopi tenom.....hilang ckit ngantuk aku,,,,,oke la aek byeeee,,,,,, nite to all

Saturday, December 4, 2010

kat tenom.....masa p holiday ary 2





bila aku tengok video nie teringat kat orang tenom...kampung jawa sumbiling,,,,orangnya semua peramah,,,,walaupun berbeza agama n adat tetapi layanan diorang untuk tetamu membuatkan kita tersa dihargai,,,,,,seronok sangat ,,,rasa nak pergi lagi,,,,,bila la dapat aku pergi lagi heheheeheh.....walaupun pertama kali sampai kat kampung jawa sumbiling,,,,banyak kenangan manis n pahit yang aku dapat dari sana,,,,,lau u alll semua nak datang melawat kat tenom jan lupa singgah kat kampung jawa sumbiling hehehheehhee....banyak yang leh p melawat tempat wat kopi tenom...ikan naga mcm2 ag.....oke la aek,,penat la nak menulis nie hary nie banyak keja gak nak buat