
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang
luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai
harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Ahhhh…sungguh semua itu telah
menghadirkan ketidakpuasan yang begitu menggelora dalam jiwa.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik
cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan
kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan membawa kepada
ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia
diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita
inginkan boleh terbukti, tidak setiap yang kita inginkan dapat tercapai. Dan tidak mudah
menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang
yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak semestinya : harus berjaya, harus bahagia atau
harus-harus yang lain.
Betapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa sejatinya itu semua pemberian Allah
hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan
sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak
tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak
keupayaannya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu Rezeki, jawatan, kedudukan, pasti
akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan dapat kita
miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita bermati-matian mengusahakannya.
" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak
juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan
Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah
mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput
daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang
diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri. "
QS Al-Hadiid : 22 - 23
Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tidak sedar kita
mengarah Allah tentang jodoh kita, bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita
tetapi benar-benar mengarah Allah : Pokoknya harus dia Ya Allah… harus dia, kerana aku
sangat mencintainya. Seakan kita jadi yang penentu segalanya, kita meminta dengan paksa.
Dan akhirnya walaupun Allah memberikannya maka tidak semestinya itu yang terbaik.
Boleh jadi Allah tidak menghulurkannya dengan kelembutan, tetapi melemparkannya
dengan marah kerana niat kita yang tercemar.
Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :
"...... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi
kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "
QS. Al-Baqarah 216
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan
terhadap apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa
yang kita rasa perlu didunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevansinya dengan
harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia
tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya : hidup di akhirat kelak!