Sunday, August 29, 2010

KELEBIHAN-KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Hazrat Salman r.a berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Sya'ban


        "Wahai Manusia! telah datang kepada kamu satu bulan yang Agung nlagi diberkati.satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam(Lailatulqadar) yang lebih baik daripada seribu bulan.Satu bulan yang Allah S.W.T telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malam hari (berterawikh) sebagai satu amalan sunat.Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu adalah seumpama seorang yang menunaikan 70 fardhu pad bulan-bulan lain.
         Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga.Bulan itu adalah bulan simpati,bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman.Sesiapa yang memberi seorang yang berpuasa untuk berbuka,maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya.Para sahabat r.an.hum lalu berkata,"Bukanlah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang berpuasa untuk berbuka puasa."Maka Rusulullah S.A.W bersabda," ALLAH S.W.T memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.."
         Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat,pada pertengahan merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada api neraka.Sesiapa yang meringankan bebanan hamba-hambanya (pekerja-pekerja) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh ALLAH S.W.T dan akan dilepasdkan daripada azab api neraka.
       Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara.Dua perkara yang dapat meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu perlukan.Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu denganyaadalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selaian daripada ALLAH S.W.T (Lailahailallah)  dan kamu memohon  istighfar daripadaNya.Manakala dua perkara yang tidak boleh tidak  kamu perlukan ialah memohon syurga daripada ALLAH S.W.T  dan meminta perlindungan daripada api neraka.
       Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka ALLAH S.W.T akan memberi minum dari telagaku (Pada hari Kiamat),dengan sekali minum,dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke syurga,"

No comments:

Post a Comment