Sunday, August 29, 2010

KELEBIHAN-KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Hazrat Salman r.a berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Sya'ban


        "Wahai Manusia! telah datang kepada kamu satu bulan yang Agung nlagi diberkati.satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam(Lailatulqadar) yang lebih baik daripada seribu bulan.Satu bulan yang Allah S.W.T telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malam hari (berterawikh) sebagai satu amalan sunat.Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu adalah seumpama seorang yang menunaikan 70 fardhu pad bulan-bulan lain.
         Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga.Bulan itu adalah bulan simpati,bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman.Sesiapa yang memberi seorang yang berpuasa untuk berbuka,maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya.Para sahabat r.an.hum lalu berkata,"Bukanlah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang berpuasa untuk berbuka puasa."Maka Rusulullah S.A.W bersabda," ALLAH S.W.T memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.."
         Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat,pada pertengahan merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada api neraka.Sesiapa yang meringankan bebanan hamba-hambanya (pekerja-pekerja) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh ALLAH S.W.T dan akan dilepasdkan daripada azab api neraka.
       Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara.Dua perkara yang dapat meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu perlukan.Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu denganyaadalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selaian daripada ALLAH S.W.T (Lailahailallah)  dan kamu memohon  istighfar daripadaNya.Manakala dua perkara yang tidak boleh tidak  kamu perlukan ialah memohon syurga daripada ALLAH S.W.T  dan meminta perlindungan daripada api neraka.
       Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka ALLAH S.W.T akan memberi minum dari telagaku (Pada hari Kiamat),dengan sekali minum,dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke syurga,"

Saturday, August 14, 2010

Mencintai ALLAH dan kerana Allah

Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang,dan selagi ia dihalalkan kepada ALLAH dan kerana ALLAH,maka pahalanya amat besar.
           Sabda Rasulullah S.A.W dalam sebuah Hadis Qudsi :

                   "ALLAH telah berfirman : pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang saling sayang- menyayangi keranaku,dua orang yang duduk bersama keranaKu,dua orang yang kujung mengujungi keranaKu,dan dua orang yang tolong menolong keranaKu

                      sabdanya lagi  dalam hadis Qudsi yang lain :

    
                      "Befirman Allah Ta'ala dihari kiamat.Mana dia orang yang bercintan cintaan kerana keagunganKu.Hari inilah aku akan menaungi mereka dibawah naunganKu,iaitu hari yang tiada naungan selain NaunganKU."
         sabdanya lagi
                 "Sesiapa yang ingin merasai kemanisan iman.hendaklah ia mencintai seseorang,tiada mencintainya kerana ALLAH

Dalam sebuah  sabda Rasullah S.A.W tersebut :Tujuh orang yang akan dinaungi ALLAH dibawah naungaNya ,pada hari tiada naungan selain naunganNya.Baginda telah menyebut satu persatu orang-orang itu,sehingga katanya :
        
               "Dan dua orang saling mencintai kerana Allah,keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah"

      Apabila seorang mencintai orang lain,bersahabat dan bermesra denganya,kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah,maka halsedemikian itulah yang dikatakan bercintan-cintaan kerana ALLAH Ta'ala.
       Ataupun jika ia mencintai orang itu,dan bersahabat denganya kerana orang itu membantunya didalam selok belok agama,dan mengarahkanya untuk bertaat setia terhadap Tuhanya,maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana ALLAH .

       Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat denganya ,kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan,yang mana dengannya pula ia boleh mengurus urusan akhiratnya,makaitu juga termasuk cintai-mencintai kerana ALLAH.

         Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat denganya,kerana dirinya merasa senang bila berkawan dengan orang itu,dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-samanya;ataupun barangkali
orang itu dapat menolongnya didalam urusan dunianya dan didalam hal ehwal kehidupanya,yang menerusinya boleh hidup bersenang lenang.maka cinta itu adalah cinta tabi'i cinta biasa yang tidak ada  kena mengena sedikit pun dengan ALLAH.Persahabata itu timbul kerana kecederungan diri semata-mata,dan meskipun demikian ia tetap harus hukumya ,tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.
         Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang,kerana orang itu boleh menemanya untuk pergi ke tempat maksiat,atau membantunya untuk menganiaya orang,ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasiq dan mungkar,maka persahabatan serupa itu dan kecintaan semacam itu adalah persahabatan yang dicela dan kecintaanya tidak berguna,kerana ia menarik kita ke jalan syaitan yang tidak ada kena mengena sedikit pun dengan ALLAH.Persahabatan dan kecintaan yang semacam inilah yang akan berubah menjadi permusuhan di Akhirat,malah kadangkala belum sempat diakhirat,di dunia dahulu sudah menjadi porak peranda

          FIRMAN ALLAH TA'ALA

   'sahabat-sahabat pada hari itu,satu sama lain bermusuh-musuhan,kecuali orang-orang yang bertakwa"  (Az-Zukhruf :67)