Sunday, March 6, 2011

KEPERIBADIAN


SEKARANG KITA HIDUP DALAM DUNIA yang bergerak pantas,dan tempo masa daripada pemikiran dan perbuatan manusia begitu cepat sehingga kita sering menghalang antara satu sama lain.Oleh sebab itu,kesabaran diperlukan jika seseorang ingin menghidari kesan-kesan perselisihan yang destruktif dalam hubungan manusia
Kerendahan hati adalah perkembangan pemahaman hubungan manusia dengan Penciptanya,ditambah pengakuan bahawa berkat-berkat material kehidupan ialah kurnia daripada penciptanya untuk kebaikan umum seluruh umat manusia.Orang yang memiliki hubungan yang baik dengan hati nuraninya dan selaras dengan Penciptanya selalu rendah hati,tidak peduli berapa banyak kekayaan material yang mungkin telah dia himpun dan pencapaian peribadinya.
kebolehan berpakaian itu sangat penting.Orang yang berpakaian dan aksesorinya dipilih dengan baik serta keseluruhan pakaiannya begitu sesuai sehingga orang itu dapat menarik perhatian ramai.
Penampilan yang menarik menunjukan salah satu daripada keperibadian yang menyenangkan.Ia terdiri daripada kombinasi banyak sifat lain seperti ekspresi wajah,pengendalian nada suara,pembicaraan yang berkesan ,pilihan kata-kata yang sesuai,penguasaan emosi,kesopanan,pakaian yang pantas,kecekapan,sikap mental yang positif,rasa humor yang kuat,kewaspadaan terhadap kepentingan orang lain dan kebijaksanaan.
Kejujuran merupakan sifat penting daripada keperibadian yang menarik kerana ia membuatkan orang lain untuk berkerjasama dengan cara yang bersahabat dan ia mengandungi sifat-sifat yang baik.Ia tidak memerlukan sokongan yang lebih lanjut.
Beberapa orang tidak pernah memikirkan kebiasaan berjabat tangan sebagai ada hubungan dengan keperibadian yang menyenangkan tetapi pada kenyataanya,perkara itu hubungan dengan orang yang berkaitan.Orang yang berjabat tangan benar-benar mengkoordinasikan jabat tangan nyadengan kata-kata salamnya yang umumnya menekankan tipa-tiap kata dengan cengkaman tangan yang kuat bukanya jepitan yang lemah tetapi dia tidak melepaskan tangan orang lain sebelum dia menghabiskan salam yang diucapkan.
Isitlah "daya tarikan peribadi " ialah cara yang sopan menerangkan daya tarikan seksual kerana itulah maksud yang tepat.Emosi seks ialah kekuatan yang mendukung semua visi kreatif.itu ialah cara bagaimana semua makhluk hidup diabadikan.perkara itu mengunakan pemakaian imaginasi,keghairahan dan inisiatif peribadi.Tidak pernah ada pemimpin bebas dalam suatu perkerjaan yang tidak dimotivasikan sebahagianya oleh kekuatan kreatif emosi seks.
Keperibadian seseorang ialah pengaruh yang terbesar kerana ia merangkumi segala sesuatu yang dikawal iaitu fikiran ,tubuh badab dan jiwa.Keperibadian seseorang ialah orang itu sendiri.Keperibadian membentuk sifat daripada pemikiranya,perbuatan nya,hubungan dengan orang lain dan ia menentukan batasan ruang yang ditempati didunia ini.
Bayangkan diri sendiri sebagai seorang kawan yang penyayang bagi setiap orang yang memancarkan kehangatan,cinta kasih dan persahabatan.Anda sangat tertarik kepada mereka dan kesejahteraan mereka.Ini ialah jalan menuju tercapai nya keperibadian yang persuasif

No comments:

Post a Comment